Golden Horse

Investment Bank
15,000 kotak bekalan makanan untuk keluarga veteran

Greetings by Tan Sri Lee Kim Yew

Subang: Sebanyak 15,000 kotak bekalan makanan akan diagihkan kepada keluarga veteran dan balu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, inisiatif Gerobok Rezeki Veteran ATM adalah kesinambungan daripada Program Mindef Prihatin bertujuan membantu meringankan beban warga Pertahanan termasuk veteran ATM dan keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, hari ini, pihaknya menerima sumbangan 15,000 kota bekalan makanan daripada pengasas The Mines Resort and Country Height Holdings, Tan Sri Lee Kim Yew menerusi program Bantu-Bantu Malaysia.

“Sumbangan ini adalah fasa kedua setelah pelaksanaan fasa pertama sebelum ini membabitkan 10,000 kotak yang diserahkan pada 27 Ogos lalu.

“Daripada 15,000 kotak makanan yang diterima hari ini, sebanyak 5,000 kotak akan diagihkan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan 15,000 kotak makanan Program Bantu-Bantu Malaysia kepada Kementerian Pertahanan sempena Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini, hari ini.

[Sumber: Harian Metro]

Copyright © 2021 Golden Horse Digital Investment Bank. All Rights Reserved. Legal disclaimer | PDPA